Selasa, 21 Jun 2016

Seronoknye belajar mengenali blog d iKolej Komuniti Sabak Bernam

Assalamualaikum kepada anda yang sudi singgah di blog saya .
Apa yang nk saya kongsikan cotetan pada hari ini ialah pengalaman pertama menjejakkan kaki di kolej ini.Saya dan kawan saya Cik Melah mengikuti KURSUS IKUENITA DI SABAK BERNAM.

Awal-awal pagi lagi kami dah bertolak setelah urusan dirumah dibereskan terlebih dahulu.Kami sampai di kolej jam 8.45.Sementara menanti guru yang mengajar kami,saya dan Cik Melah mendaftar nama.Dalam nada gurauan Cik Melah berkata dapat jugak kita masuk kolej ye..walaupun umur dah masuk 40 an..Saya pulak menyampuk, tu le dulu-dulu orang tua suruh belajar pandai-pandai tak mahu..asyik nak main jer..habis sekolah terus kawin..sekarang anak-anak pun dah besar panjang,kemudian kami sama-sama ketawa.

9.00 pagi puan Zunairah Abd Ghani telah mengajar kami bagaimana mengenali blog.Dalam makmal komputer itu saya dan peserta-peserta kursus mendengar taklimat yang diberi dengan teliti.Sewaktu taklimat puan Zunairah ada menyelitkan unsur-unsur jenaka agar kami tidak rasa bosan.Kebetulan hari kami berkursus ialah dalam bulan Ramadahan.Faham-faham sajalah.Diawal pagi badan masih segar lagi tambahan pula kelas makmal ada penghawa dingin.Huuuhh!!!Sejuknye.2 kali jugalah saya pergi buang air kecil sebab tak boleh tahan.


KOLEJ KOMUNITI SABAK BERNAM


DALAM MAKMAL KOMPUTER

Tepat jam12.30 kami diberi rehat sehingga jam2.30.Walaupun perut berkeroncong kami teruskan kursus hingga ke petang.
Sampai disini dulu dan kite akan bersambung diruangan akan datang dalam kursus hari yang kedua.
Wassalam.
....................................................................................................................................................................No Hp 0194966654
Email: itazairies@gmail
Blog:mamaitamajujaya.blogspot.com